Siapa Dato Lundang?
DATO LUNDANG ADALAH SEORANG PEMBESAR DAERAH LUNDANG YANG TERAKHIR SELEPAS DATO BESAR TM 1846-1867(NAMA DATO BESAR IALAH WAN NIK BIN DATO PANGLIMA PERANG WAN MUHAMMAD) SEBELUMNYA LAGI DATO PANGLIMA PERANG WAN MUHAMMAD TM 1830-1846 DAN DATO PANGLIMA PERANG WAN MAHMUD TM 1800-1830 YANG MASHUR DALAM SEJARAH KELANTAN DI ZAMAN DYMM SULTAN MUHAMMAD I YANG MEMERINTAH KELANTAN PADA TAHUN 1800-1837.Nama sebenar DATO LUNDANG IALAH WAN MUSA BIN WAN SULAIMAN BELIAU ADALAH CICIT KEPADA PENGASAS KAMPUNG LUNDANG IAITU MANDUR MIS Atau name sebenarnya iaitu WAN HAMID BIN WAN MUSA@BENDAHARA TUAN DAGANG IAITU BENDAHARA DIZAMAN KERAJAAN AL MARHUM DYMM SULTAN UMAR DAN DYMM TUAN BESAR JEMBAL .DATO LUNDANG ADALAH SEPUPU YANG JUGA MENANTU KEPADA AL-MARHUM DATO BESAR MELALUI ISTERINYA BERNAMA WAN LIMAH . BELIAU TELAH DIBERI GELARAN KEBESARAN BERGELAR DATO PANGLIMA PERANG LUNDANG OLEH DYMM SULTAN MUHAMMAD KE - II SEBAIK SAHAJA DISYTIHAR MENJADI PEMBESAR DAERAH LUNDANG MENGANTIKAN MERTUANYA AL-MARHUM DATO BESAR .Menurut dalam Sejarah Kelantan Beliau PERNAH TERLIBAT DENGAN DATO PERDANA MENTERI PADUKA RAJA DALAM PERUDINGAN DIANTARA PIHAK BERKUASA KOTA BHARU DENGAN PIHAK TOK JANGGUT PADA TAHUN 1915 .PADA TAHUN 1909 BERIKUTAN DENGAN PERJANJIAN BRITISH SIAM . MAKA PADA TAHUN TERSEBUT TELAH MERUBAHLAH SISTEM PENTADBIRAN TRADISIONAL KELANTAN DIMANA PERANAN DATO LUNDANG SEBAGAI PEMBESAR DAERAH LUNDANG TELAH HILANG DAN DIBERI PENCEN SEUMUR HIDUP DENGAN ITU PERANAN PENTADBIRAN DAERAH LUNDANG TELAH BERTUKAR DENGAN PENTADBIRAN MODEN IAITU DIKETUAI OLEH SEORANG BERGELAR PENGGAWA. DATO LUNDANG TELAH MANGKAT PADA TAHUN 1926 DAN DIMAKAM KAN DITANAH PERKUBURAN BESAR KAMPUNG LUNDANG BERSEBELAHAN SEKOLAH KEBANGSAAN LUNDANG
Dari mana perkataan Lundang berasal?
Kampung Lundang adalah salah satu dari
perkampungan melayu yang tua di dalam zon bandar Kota Bharu sekarang. Menurut
riwayat, Nama Kampung Lundang ini diambil sempena dengan keadaan faktor kawasan
muka buminya iaitu kawasan tanah leku' serta lembah yang luas berhampiran
disepanjang tebing sungai. inilah maksud kepada perkataan dialek lama Kelantan
iaitu "Lundang". pada zaman awal perkembangan Kampung ini wujud,
penempatan Kampung Lundang ini aslinya terletak dibawah lembah Kampung Lundang
sekarang dan ia menghadap kearah sungai Lundang yang merupakan jalan
perhubungan utama pada waktu itu yang menghubungkan Sungai Kelantan melalui
Pengkalan Galuh Kampung Sireh disebelah barat dengan Laut melalui Kuala Pantai
Senok disebelah timur.
selain daripada kawasan Kampung Lundang sekarang, dimana kawasan asal Kampung Lundang
ini meliputi Kampung Bawah Lembah Bunut Payong, Kampung Belukar dan Taman Restu
yang mana pada waktu itu ketiga-tiga nama tempat ini belum wujud. bukti dengan
kependudukan masyarakat Kampung Lundang dahulu ini boleh dibuktikan dengan
adanya beberapa kubur lama setakat yang dapat dikesan yang mana
sesetengahnya masih digunakan lagi yang kebanyakanya terdapat dibawah
lembah iaitu kesemuanya empat tempat, iaitu dua tempat terletak dibawah lembah
Kampung Lundang dan satu lagi terletak diatas tebing iaitu berhampiran dengan
tebing Bawah lembah dibahagian sebelah paling timur Kampung Lundang iaitu
terletaknya Makam Raja-Raja Lundang dan manakala satu tempat lagi diTaman Restu. ini kerana
khususnya dikelantan pada waktu sebelum abad ke-20 masehi, kependudukan
penempatan masyarakat kelantan dahulu kala yang utama sebahagian besarnya
adalah tertumpu berhampiran dengan sungai. kerana masyarakat dahulu sangat
bergantung harap kepada sungai selain daripada jalan perhubungan utama ia juga
merupakan sumber kepada kegiatan pertanian dan memanafaatkan hasil tangkapan
dari sungai. Kampung Lundang telah dibuka atau diasaskan pada tahun 1762 oleh seorang
ternama yang masyhur dalam sejarah Kelantan iaitu Mandor Mis atau nama
sebenarnya Tuan Khomis@Wan Hamid kekanda kepada Wan Namah dan Tuan Membunga
iaitu putera-puteri kepada Tuan Kundur Kelantan.
Mandor Mis yang bergelar
Dato'Maharaja Wangsa adalah jadi Penghulu Menteri iaitu Timbalan kepada Long
Gafar serta menjadi Raja
didalam Kampung Lundang yang telah dikurniakan oleh DYMM Sultan Long Yunus
selepas disytihar baginda menjadi pemerintah negeri Kelantan. pada waktu Mandur Mis
menjadi Raja Kampung Lundang,beliau telah melantik orangnya yang bernama Awang
Besar menjadi Penghulu yang pertama diKampung Lundang. pada tahun 1790 selepas
daripada mangkatnya Al-marhum Mandor Mis, kampung Lundang tidak lagi mempunyai
Rajanya sehinggalah tahun 1800 apabila putera Al-marhum Mandor Mis yang sangat
masyhur juga dalam sejarah Kelantan itu iaitu Wan Mahmud telah dijadikan oleh
DYMM Sultan Muhammad-I ianya Pembesar bergelar Dato'Panglima Perang Lundang
merangkap sebagai Raja Daerah Lundang yang berpusat pemerintahanya dikampung
Lundang dengan biasa pula dipangil Dato' Panglima Perang. selepas Dato'
Panglima Perang mangkat pada tahun 1830 tempatnya telah digantikan oleh
puteranya iaitu Wan Muhammad dengan gelaran dan pangilan yang sama juga
sehingga mangkat pada tahun 1846.
selepas daripada Dato'Panglima Perang-II
mangkat,maka DYMM Sultan Muhammad-II telah melantik puteranya iaitu Wan Nik
pula memerintah Daerah Lundang dengan bergelar Dato'Panglima Perang Lundang-III
merangkap Ahli Jemaah Menteri Peperangan iaitu suatu jawatan baru yang
diperkenalkan oleh DYMM Al-Sultan dan kemudian dipangil dengan nama Dato'Besar
sehingga mangkat pada tahun 1867 dan digantikan oleh sepupu yang juga menantu
Dato'Besar iaitu Nik Wan Musa Bin Wan Sulaiman bergelar Dato'Panglima
Perang Lundang-IV yang sangat masyhur dipangil dengan nama Dato'Lundang. dan
untuk pengetahuan pembaca sekelian, bahawa Mufti Hj.Wan Ishak Bin Imam
Hj.Abdullah atau biasa juga dipangil Mufti Tok Pelanduk iaitu Mufti dizaman
awal Pemerintahan DYMM Sultan Muhammad-IV yang mengantikan Mufti Hj.Nik Wan
Daud pada tahun 1907 hingga 1909 adalah dari keturunan Al-marhum Dato' Besar
sebelah ibunya yang bernama Wan Minah Binti Wan Ishak Bin Wan Nik (Dato' Besar)
wallah'uallam. pada waktu zaman pemerintahan Dato'Lundang memerintah daerah
Lundang, khususnya pada Kampung Lundang telah mengalami kemajuan dan pola
perubahan penempatan yang ketara dimana salah satunya ialah pembukaan kawasan
baharu penanaman padi iaitu kawasan yang sekarang ini bermula dari My Bank
Lundang hingga keKampung Bayam mengantikan tempat lama iaitu kawasan tebing
sungai Lundang yang telah tercemar, tidak selamat serta berpenyakit akibat
daripada ternakan mati dan reput natijah daripada Peristiwa Angin Besar diKelantan
tahun 1880 yang telah menyebabkan terjadinya Wabak penyakit berjangkit seperti
Taun, malaria dan lain-lain lagi, akibat dari peristiwa ini kebanyakan penduduk
Kampung Lundang iaitu penduduk dikawasan bawah lembah Lundang sekarang telah
berbuat penempatan baru yang sekarang inilah terletaknya Kampung Lundang.dan
pada waktu terkemudian daripada itu barulah penduduk Lundang yang mana sebahagianya lagi
yang masih menetap dibawah lembah khususnya dibahagian barat kampung Lundang
asal(bawah Lembah) telah mewujudkan satu pentadbiran(Penghulu) serta nama-nama
kampung yang baharu seperti kewujudan kepada nama Kampung belukar dan juga
Kampung Bawah Lembah yang telah menjadi sebahagian daripada dibawah
pentadbiran Penghulu Kampung Bunut Payong yang kemudianya terkenal dengan nama
Kampung Bawah Lembah Bunut Payong ini adalah disebabkan ia sudah terpisah
daripada Pentadbiran Penghulu Kampung Lundang itu sendiri.
walaubagaimanapun
kedua-dua Kampung ini termasuk Kampung Bunut Payong masih lagi terletak didalam
Daerah Lundang yang dibawah pemerintahan Dato'Lundang. diberitakan semasa
berlakunya kebangkitan Rakyat menentang Penjajahan Inggeris yang diketuai oleh
Al-Syahid Tok Janggut diPasir Putih pada tahun 1915, bahawa Dato'Lundang
bersama-sama dengan Dato'Bentara Setia Nik Mahmud dan Dato' Menteri Kelantan
Che'Hasan telah menjalankan kegiatan Diplomasi antara pihak Tok Jangut dan Engku
Besar Tuan Ahmad iaitu bekas Pemerintah tradisional daerah Jeram Pasir Putih
dengan pihak Kerajaan Kelantan diKota Bharu dan juga Pihak Inggeris. sebelumnya pada tahun 1909
akibat daripada Perjanjian British-Siam maka peranan corak pemerintahan
tradisional daerah Lundang telah ditukar dan berubah kepada corak pentadbiran
moden yang dibawa oleh Penasihat British diKelantan. akibat daripada peristiwa
ini, Dato'Lundang telah diberi pencen seumur hidup dan kemudian mangkat dalam
tahun 1926 dan dimakamkan ditanah perkuburan besar kampung Lundang(bersebelahan
dengan sokolah kebangsaan Lundang).dengan ini selepas dari tahun 1909 atau
sejak tahun 1904 lagi daerah Lundang telah ditadbir secara moden yang diketuai
oleh seorang Ketua Daerah bergelar Penggawa sehinggalah pada tahun dekad 1970
apabila daerah Lundang telah dipecah dan digantikan menjadi daerah Kubang
Kerian.
No comments:
Post a Comment